Jahat macamana pun kita , jangan tinggal solat .
Pernah berzina ? Itu bukan alasan untuk tinggal solat .
Pernah minum arak , mencuri , tengok video lucah , couple , ketagih drama , mencarut , dan segala maksiat yang pernah kita lakukan , itu bukan alasan untuk tinggal solat .
Kerana... Kalau betul kita islam , solatlah .
Kalau betul nak berubah , solatlah .
Kalau betul cinta Allah , solatlah .
Kalau nak dapat kekuatan , solatlah .
Kalau nak berjaya , solatlah .
Kalau nak kebahgiaan , solatlah .
Solat itu lama kelamaan akan menghakis jahiliah dalam diri kita , sehingga akhirnya kita jadi yang terbaik .
Kawan... Solatlah , jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja .
Jika kita pernah tinggalkan solat , taubatlah dengan taubat nasuha , kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan , dan jangan ulangi lagi .
Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang mendirikan solat !
Allahumma Aamiin 🥰🤲
❤️☕️
-ilovedakwah